Assalamualaikum...
Alhamdulillah atas setiap kesempatan yg Allah s.w.t limpahkan.
Ikhlas?
perkataan yang biasa kita dengar,kalau diikutkan setiap fasa umur kita,pasti ada yg menyebut tentang ikhlas...
Tapi, ingin ana nak sentuh hati antum melalu kata-kata Imam Syahid Hasan Al-Banna tntang rukun Ikhlas
"Apa yg aku mahukan dengan ikhlas adalah akh muslim yang meletakkan kata-katanya, amalannya dan jihadnya semata-mata untuk Allah s.w.t, mengharapkan redhaNya jg ganjaran daripadaNya dan bukan ganjaran,gelaran..Akh muslim yang ikhlas juga adalah jundi kpd fikrah dan aqidah,bukan jundi bertujuan dan kerana manfaat (katakanlah sesungguhnya solatku ibadahku hidupku dan matiku semata-mata kerana Allah s.w.t Tuhan sekalian alam.Dan lazimilah menyebut Allahu ghoyatuna"
Subhanallah, ana mengharapkan post pertama ana tentang Ikhlas ini sebagai pasak dalam setiap amal yang akan kita lakukan..Suka untuk ana berkongsi dengan antum tentang ikhlas kerana ikhlaslah amal daripada amalan-amalan hati dan ikhlas juga muqaddimah stiap amalan hati tersebut...
Jd,sentiasalah perbaharui niat kita supaya ikhlas hanya untuk pencipta Allah swt (cinta ana dan juga cinta kalian)